Tuesday, February 9, 2016

Drama Thailand tahun 90an yang paling diingati

Tiba-tiba pulak rindu dengan cite-cite drama Thai awal-awal dulu. Kalau tak silap cite Thai yang ditayangkan mula-mula di Astro Ria adalah drama Bayangan Malam dalam BM manakala dalam Thai tak pasti sebab pada mulanya tayangan drama asing disiarkan dalam versi dialih suara.




Pelakon utamanya. Ramona Zanolari

Bayangan Malam


Drama ini mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang mengalami trauma selepas melihat ayahnya membunuh seorang lelaki yang mungkin juga musuhnya (tak pasti sebab tak ingat). Akibat trauma, si anak tiba-tiba lumpuh sampai terpaksa menggunakan kerusi roda. Bila masa berlalu, budak tu pun dah jadi dewasa dan dalam sedar tak sedar perempuan tu sebenarnya boleh berjalan tapi berpura-pura seolah-olah dia masih lumpuh. Tiap-tiap malam perempuan tu pergi ke pantai tampil dengan dress hitam dan kalau tak silap dia jumpa dengan seorang guy (hensem) dan jatuh cinta dengan jejaka tersebut. Tapi malang kesudahannya tak sempat nak dihabiskan sebab saya terpaksa balik ke asrama..huhu sedihnya.



Untukmu


Drama yang mengisahkan tentang Saksit yang baru pulang dari luar negara untuk bertemu kakaknya Aporn. Masa dalam perjalanan yang mana time tu Saksit (tengah drive) nyaris-nyaris nak terlanggar Penn. Kemudian diorang pun bergaduh sampai bermulanya episod percintaan yang pada mulanya benci bertukar jadi suka. Penn merupakan pelajar Kolej (kalau tak silap) mempunyai adik yang bernama Plai. Pengakhiran drama ni memang tak ingat sangat pasal drama ni dah lama tak silap ditayangkan oleh pihak Astro di channel Astro Ria. Ditayangkan sekitar tahun 2002/2003.




Saksit yang dilakonkan oleh Montonn Jira


watak heroinnya Penn yang dilakonkan oleh Yada Chotichutrakun

Ini dia kakak Saksit Aporn
watak Plai yang dilakonkan oleh Amy Amika Klinprathum

Ini pulak watak XGF Saksit kalau tak silap

yang ni ialah watak suami Aporn. Suami Aporn ni sebenarnya nak kawin
dengan Aporn semata-mata nak bolot harta keluarga Aporn. Lastnya diorang ni cerai jugak

watak yang ni ialah org gaji je tapi sebenarnya dia jugak merupakan kekasih Aporn






1 comment: